Tuesday, January 1, 2013

Taman Tasik Taiping


Bile dah ade kat Taiping ni, tak sah kalau tak jejakan kaki kat Taman Tasik Taiping.
Awal subuh lagi aku dah bangun semata-mata nak pegi Taman ni walaupun bukannye pegi untuk tengok sunrise,apatah lagi untuk berjogging..tapi hanya untuk cuci mata & hidup udara segar kat sini.

Aku sampai dalam jam 6.30pagi..dah ramai apek dengan nyonya buat tai chi kat sini..bagus betul diorang ni..kalau kaum kita mesti dok selubung dalam selimut lagi kan..Kalau nak yang bagus sikit tu pi berkebun dengan menoreh.

Taman Tasik Taiping ni merupakan taman tasik yang tertua di Malaysia dan merupakan taman tasik pertama yang dibangunkan sebagai taman rekreasi di Tanah Melayu. Mula beroperasi tahun 1880 sebagai lombong bijih timah dan kemudian pihak kerajaan telah mengiktiraf sebagai taman awam.

Okey, korang layan je la gambar Taman Tasik ni sambil korang berjogging. Actually aku rase tempat ni le paling best kalau nak keluarkan peluh & beriadah dengan famili.

View waktu 6.30 pagi..time ni pun dah ramai orang buat taichi











Dah habis berjalan surrounding area taman tasik ni, kami jalan sikit ke bahagian zoo taiping & night safari. tapi memandangkan time ni zoo tak bukak lagi, kami cuma amik gambar kat depan tu je.

Sebenarnye nak jalan-jalan lagi sampai jumpa pokok yang rendang yang dahannya boleh melintasi jalan tu.tapi memandangkan ayah pun dah nampak penat, so kiteorang balik le ke parking untuk isi perut yang lapar tu.. dah habis sarapan, aku dengan adik masuk balik Taman Tasik semata-mata nak shoot gambar pokok ni..nasib baik le naik kete,kalau jalan kaki, memang jauh gile nak kene pusing..
 
Kiterorang shoot pic pokok ni dari atas kereta je noks,sambil mengekori orang yang sedang belajar memandu..*sigh...

*selingan.
Pagi tu kami sarapan kat medan selera yang berdekatan dengan Hotel Legend Inn.Kami ambil menu nasi bukhari. Walaupun ianya nasi bukhari, tapi gulainya bukanle pekat dengan rempah kari yang biasa kite makan tu.tapi cair je gulainye.bagi aku, tak ubah macam nasi berlauk kat kelantan. Jadi memang sesuai le jadi menu sarapan pagi.



No comments:

Post a Comment