Monday, March 24, 2014

Pengembaraan Doraemon dan Nobita ke Jepun : Day 1 [Part 2]; Mojiko & Fukuoka

Sambungan dari Day 1 [Part 1] ; Miyajima

"Ada apa kat Mojiko?"

Sekali lagi Nobita mengajukan pertanyaan.

"Nobita, Doraemon pun tak tau kat Mojiko ada ape sebab Doraemon pun first time datang Jepun."

Mojiko Retro Town

Mojiko ni sebenarnya antara bandar perlabuhan dan juga bandar perindustrian terawal di kepulauan Kitakyushu.

Sejak awal abad 19 lagi Mojiko ni dijadikan terminal untuk kesemua keretapi di Kepulauan Kyushu disebabkan kedudukannya berhampiran dengan Kepulauan Honshu. Lebih-lebih lagi waktu tu Pelabuhan Shimonoseki dah mula operasi yang mana laluan keretapi pertama yang menghubungkan Kepulauan Kyushu & Kepulauan Honshu jadi bertambah sibuklah bandar Moji waktu tu.

Itu awal abad 19 tu, Jepun dah sibuk nak create laluan yang memisahkan dua kepulauan besar. Tanah Melayu waktu tu ialah zaman Tok Janggut melawan penjajah British.

Train yang aku naik di Mojiko Station. Staf tengah tukar shif & train tengah dibersihkan.

Mojiko dan Moji (bandar berhampiran) ni adalah bandar industri.

Ape kes pulak bandar industri ko pegi melawat?

Air pollution mesti ada kat situ. Kalau kat Malaysia ni bila sebut bandar industri aku dok terbayang Pasir Gudang je..

Tapi bila sampai sini, tak rasa langsung yang bandar ni kawasan industri walaupun kilang-kilang memang bersepah aku nampak sepanjang laluan dari atas train.

Bersih?Toksah cakap la memang tiptop bersih.

Lengang pun iye jugak. Kereta pun aku boleh bilang berapa biji je yang bergerak atas jalanraya. Aku tak tau mana diorang semua pergi padahal waktu aku sampai tu time orang bekerja, bukannya hari cuti pun.



Cari benda tersembunyi.Ada jumpa sampah?Pedestrian dia ada yang tercabut ataupun pecah?

Mojiko juga dikenali sebagai Mojiko Retro Town.

Apasal?

Sebab kebanyakan bangunan kat sini berkonsepkan kolonial, yang mana lain dari bandar-bandar di Jepun.

Ini le sebab utama kenapa aku nak datang sini sebab memang susah nak jumpa senibina kolonial di Jepun memandangkan Jepun bukannya pernah dijajah oleh omputeh. Tapi dia yang menjajah negara orang. Sebab tu aku rasa tempat ni special.

Itu pun ada sedikit kekecewaan sebab bangunan Mojiko Station yang jugak salah satu bangunan sejarah sedang renovate. Kalau tak memang cukup lengkap kedatangan aku ke sini.

Berjalan-jalan kat bandar ni memang best.

Nasib baik location attraction place sekeliling station je. So tak perlu le aku menapak jauh naik amik teksi bagai..

Jom kita jalan-jalan..



Mula-mula kita pergi ke Kyushu Railway Museum. Dalam ni ada banyak kepala keretapi yang digunakan sejak dari dulu lagi. Bayaran masuk ialah Y300. Tapi aku tak masuk sebab dah kesuntukan masa.


Seterusnya kita ke Mojiko Retro Observation Tower(bangunan tinggi kat belakang tu). Tapi gambar kat atas ni aku nak tunjukkan sistem tempat letak kereta bertingkat. Townplaner, anda boleh gunakan sistem parking camni untuk jimatkan space. Kat sini banyak aku jumpa sistem parking gini dan ianya bukan digunakan di kawasan komersial, tapi untuk kawasan perumahan. Sebagai contoh, dalam sederet rumah yang menempatkan 10 buah rumah, ada sebuah lot kosong yang digunakan untuk parking kereta  bagi 10 buah rumah berkenaan dan diorang gunakan parking bertingkat macam gambar atas ni. Amazing kan??Tak macam kita, bila nak parking kereta, mesti kene park dalam garaj depan rumah.





Old O.S.K Lines Ltd. Building dibina pada tahun 1917 yang merupakan bangunan maritim pada waktu itu.

Old Moji Mitsui Club dibina pada tahun 1912 dan dijadikan restorant dan hall. Salah satu bilik dalam bangunan ni pernah digunakan oleh Albert Einstein.

Chinese Eastern Railway Office


Yang tinggi tu itulah dia Mojiko Retro Observation Tower, yang depan sebelah kanan pula Chinese Eastern Railway Office yang depan belah kiri pula ialah Old Moji Custom Building yang tengah renovate. Huhu..time ni la diorang nak renovate..

Promenade & Kaikyo Plaza.





Gambar asal Mojiko Station sebelum renovate. Masa aku sampai, seluruh bangunan ditutup .

Aku tak berjalan jauh area promenade ni sebab nak jimat masa.. Lepas puas berlegar-legar area sini, terus balik ke Mojiko Station dan seterusnya ke Kokura Station untuk ambil shinkansen ke Hakata.

Kalau korang ada baca entry aku pasal Shinkansen, aku ada cakap yang perbezaan kelajuan Nozomi,Haruka/Sakura dan Kodama.

Ni aku nak tambah sikit..

Awal pagi kami dari Shin-Osaka, kami naik Shinkansen Hikari ke Hiroshima..Kemudian dari Hiroshima ke Kokura, kami naik Shinkansen Kodama. Waktu ni la yang amat terasa perbezaannya, Dah la kami mengejar masa..

Shinkansen Kodama banyak berhenti kat station-station kecik. Pastu kadang-kadang lama pulak tu berhenti sebab Nozomi tengah kejar dia kat belakang. So dia kene bagi laluan untuk Nozomi dulu.

Sepatutnya perjalanan aku Hiroshima-Kokura station makan masa 50 minit, tapi sebab naik Kodama, hampir satu jam setengah jadinya..

argghhh..stress pun ada.

Masa itu emas!!

Habis tu nak salahkan sapa? Salahkan Kodama?

Woii..bersyukurkan ada Kodama dari ko naik KTM!!

Balik pada cerita asal, sedang tunggu Kodama untuk ke Hakata Station (Hakata adalah bandar Fukuoka) tiba-tiba Nozomi lalu kat station Kokura tu.

Zzzzzuuupppppp.....nak terbang aku dibuatnya. Masa ni la memang aku terasa hebatnya Nozomi ni..dah le angin dingin nak malam, tambah pulak angin Nozomi lalu, terus frozen aku kat situ.

Dah sampai Hakata Station kita nak pegi mana?

Hari dah menjelang malam walaupun waktu baru jam 4.30 petang.

Aku pun memang tak prepare apa untuk bandar Fukuoka ni.

Yang aku tau, aku nak ke Hardrock Cafe Fukuoka..dan HRC terletak berhadapan Yahoo Dome.

Alang-alang dah sampai Hiroshima, kita  pergi la Fukuoka sebab nak cukupkan kuota route Shinkansen. Walaupun aku bukannya pengumpul HRC item, tapi alang-alang ke Fukuoka, kita pergi la HRC.

Nasib baik dah malam, kalau tak aku rasa boleh sampai ke Nagasaki. Kalau camtu cukup le kuota aku ke bandar bom atom di Jepun ni.

Hakata Station. Bandar Fukuoka dikenali sebagai Hakata. 



Masa aku sampai, banyak decoration depan Hakata Station sempena.


Hakata Station dari jauh.

Nak ke HRC aku cuma tau kene naik bas 306 @ 303 je tapi nak tunggu bas kat mana, aku tak tau..
Mula-mula kami tunggu kat depan Hakata Station, tapi aku rasa tak sedap hati, jadi aku tanya orang kat situ.

Tunjuk itinerary aku part "Yahoo Dome-Bus 306 @ 303", budak tu dah tahu aku nak pergi mana.

Pastu die tunjuk suruh tunggu kat seberang jalan belah sinun..

Bila nak ke sana sebelum menyeberang, aku tanye lagi polis yang tercegat kat situ. Dia tunjuk belah kanan,  tak payah menyeberang pulak..

Rupanya die suruh aku tunggu kat bus terminal yang mana semua bus akan ambil penumpang kat situ.

Dah sampai situ, sekali lagi aku lost sebab banyak sangat platform untuk bas berhenti.

Aku cuba cari platform untuk bas 306, tapi tak jumpa.

Lastnya aku grab dua orang budak perempuan yang tengah serius mengumpat pasal kawan die kot..
Dia pun terpinga-pinga sebab aku potong die tengah syiok berborak.

Ingatkan die malas nak layan aku sebab muka die serius gila..tapi air muka dia terus berubah jadi baik & terus bawak aku kat pakcik information kaunter kat  pintu masuk depan. Aku pun tak perasan ada kaunter tu mula-mula masuk tadi..

Banyak kali aku tunduk cakap Arigato kat budak tu sebab rasa bersalah aku potong mood dia yang tengah serius berborak.

Masa nak tanye pakcik information counter tu, macam tadi jugak, aku tunjuk itinerary, pakcik tu amik kertas, tulis bas 306, platform 6, tambang Y220.

Memang tepat maklumat yang dapat dari Google Maps!!

So naik lah kami bas tu..

First time naik bas di Jepun aku jakun.

Sebabnya setiap kali traffic light merah, driver matikan enjin.

Pastu bila lampu hijau, hidupkan balik enjin. Tapi enjin bas dia takde le bunyi macam enjin bas kat Malaysia yang bunyik "kreeeeekkkk...kreakkkk...kreakkkk....vroommm..vroommm.."

Driver pun tak payah nak tekan minyak..cuma perlu tekan button start, terus jalan.

Pastu setiap kali bas berhenti dan penumpang naik dari pintu belakang, driver akan ucap "Selamat datang"

Bila bas nak start jalan, driver akan cakap "Kita akan mulakan perjalanan."

Bila bas nak belok, driver akan cakap " Bas ini akan membelok."

Bila ada orang turun, driver akan cakap " terima kasih" (kat sini kene naik pintu belakang, keluar pintu depan)
Kalau 20 orang turun, 20 kali jugak le driver akan ucap " Arigato"

Dan setiap driver bas akan pakai microfon. Kiranya kalau die berbual dengan penumpang kat sebelah pun, satu bas akan dengar..

Ada paham??Sebab itu lah ada yang gelarkan 'Jepun itu adalah robot'. Sebabnya itulah kerja mereka sehari-hari. Yang penting kerja sincere.

Nak turun kat bus stop Yahoo Dome pun satu hal..aku tak tau mana nak turun.

Lastnya tanye je dengan bus driver..

"Anoo..sumimasen..Bassu setopp Yahoo Dong.."

Dia pun jawab.."Haitt..jepun..jepun..jepun.."

Aku tak tau le dia paham ke tak..berserah je la..

Nak ke Yahoo Dome ni kene lalu highway flyover cross pelabuhan Fukuoka..Dari jauh aku nampak jambatan tu macam Jambatan Pulau Pinang tapi versi canggih gile & lawa gile.

Mase bas nak masuk highway tu, kene bayar tol. Aku nampak kat screen harga tol untuk bas ialah Y1200(RM120++)

Gulp,telan air liur aku..

Tapi view sepanjang naik flyover tu memang cantik.. Tapi sebab camera aku simpan dalam beg. So takde le gambar.hahaha


 
Jambatan ni la yang bas tu naik. [source:pakcik gugel]

Bila dah malam, memang cantik view jambatan ni dengan lampu-lampu sepanjang jalan.[source:pakcik gugel]

Dah lepas jambatan ni, bas keluar highway dan berhenti kat bus stop yang tulis "Yahoo Dome".

So aku nak turun le..

Tapi driver bas tu tak bagi, die suruh aku duduk dulu.

Ooo..rupenye En. Driver faham apa saye cakap tadi ye..

Tak sampai 5 minit, bas tu berhenti betul-betul depan Yahoo Dome. So kami pun turun la..

Bagus le, tak perlu kami nak menapak dalam cuaca yang sejuk beku tu.

Turun je, nampak la Yahoo Dome yang besar bapak tu. Di depannya terletak HRC Fukuoka..

Terus kami masuk HRC. Ingat nak pusing Yahoo Dome, tapi sebab camera tak canggih, aku malas nak tukar tukar setting jadi night view so batalkan je la niat tu..

Itu le salah satu keburukan datang time winter ni..Korang akan malas nak godek camera tukar setting sebab tangan dah keras kejung. Kalau nak snap guna handphone, lagi la touchscreen, kene bukak glove..

woooshhh..lagi kejung tangan aku..

Yahoo Dome 

Hard Rock Cafe Fukuoka





Dah shopping dalam HRC, ingat nak makan sedas dua, tapi tengok jam dah jam 6.30 petang.
Lorr.. baru jam 6ptg tapi dah macam jam 9 malam dah..

Bila difikirkan hostel yang kami duduk  main door closed on 10 malam,so tak jadi le makan walaupun sempat.

Kemudian, kita tunggu balik bas ke Hakata Station, rupenye kami naik bas yang sama sebab aku cam driver bas tu..

Itula rutin die, bile nak belok, die bagitau,bile nak jalan die bagitau..

Pakcik tak bosan eh asyik dok cakap ayat sama je?


Masa menungu shinkansen Hikari, datang shinkansen ni yang khas untuk dalam Kepulauan Kyushu.

Dan nasib baik nak balik ke Hiroshima ni kami naik Shikansen Hikari bukannya Kodama..

Waaaahh..dapat le sampai awal hostel untuk tidur.

Badan dah tak daya dah ni..

Sampai hotel, kami dah book ambil dorm. Size bilik memang kecik, jadi satu keje nak bongkar beg cari makanan dengan suhu yang sejuk gila.

Sebenarnya size bilik tu okey je, tapi sebab suhu sejuk sampaikan heater tak rasa langsung, so jadiklah bertambah stress aku nak bongkar beg tu.

Seharian berjalan, cuma makan burger Marrybrown pagi tadi,lepas tu perut cuma diisi dengan biskut & coklat sneakers je.Nasib baik ada milo dan maggi penguat tenaga..Bertabahlah sayang..

Dan malam tu kami tidur dengan nyenyak plus penat gile seharian berjalan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment