Monday, April 13, 2015

Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 7 (Xian - Chengdu)

Sambungan dari Amazing China 2014 [Beijing-Xian-Chengdu] : Day 6 (Bell Tower - Drum Tower - Xian Mosque)

Hari ni dah masuk hari ke-7 kami kat China, dan merupakan hari ke-3 kami di Xian.

Jadual kami hari ni ialah bertolak ke Chengdu dengan naik train 16 jam.

Train kami dari Xian ke Chengdu jam 1.20 tengahari, so pagi ni sementara tunggu train, free activity la..

Tau ape free activity tu?

Berenang kuak lentang atas katil la...

Aku dah malas nak keluar jalan-jalan kat Xian ni. Cukup le ape yang aku dapat 2 hari sebelum ni..

Jadi lepas subuh, kami sambung tidur sampai puas..

Agak-agak kol 10.30 pagi, kami pergi restoran depan hotel, dan macam biasa kami jadi first customer diorang. Senyum je abang tu tengok kami masuk kedai die.

Last day kat sini, aku order mee tarik. Balik Malaysia, keje aku asyik pi makan mee tarik je.

Untuk dinner atas train nanti, kami tapau nasi dengan lauk cendawan, dah cakap dengan die lauk asingkan dengan nasi.

Tapi...yang datang die dah campur lauk tu dengan nasik..Habis la kembang nasi tu nanti..

Itu takpe lagi! Yang kelakarnye die campur terus dalam plastik. Bukan plastik yang biase kite wat bungkus lauk tu tau..tapi plastik kecik yang boleh bimbit tu..

Adoi la..aku lupe style orang sini tapau makanan memang bungkus dalam plastik camtu..Padahal aku dah tengok sebelum ni orang dok tapau mee..Kalau aku tau baik aku bagi bekas aku je suruh die isi nasi dalam bekas je.

Takpe, la..aku suke je makan yang kembang dengan kuah. Cuma aku risau nasi tu basi je nak sampai ke malam.

Lepas makan, kami terus ke Xian Railway Station. Kali ni kami naik bas 603 je terus, malas nak naik teksi.

Dan..masuk ke railway station pun nak kene beratur check passport then beratur lagi scan beg.. Memang le korang kene datang awal. Tapi aku ni sebenarnye terlebih awal. Jadi duduk le dalam terminal tu..

Dalam departure hall untuk train K5.

Tiket Xian to Chengdu.

Akhirnye kami naik keretapi jugak. Kali ni tak dapat tiket soft sleeper, tapi hardsleeper.

Mase tengok tiket tu aku pun konfius jugak katil bawah ke, tengah ke, atas. Bile mintak tolong orang translate, kami dapat katil bawah dan atas. Eiza kate die nak tidur atas, more privacy katenye..So aku duduk katil bawah.

Katil bawah aku dapat, seat tepi tingkap pun kami kongker. Aku bagi je seat tu kat passenger yang duduk katil tengah & atas tu. Tapi diorang taknak duduk..Bile aku dah nak tidur baru le depa duduk seat tepi tingkap tu. Nampak sangat nak elakkan diri dari alien,kan?

Nama je duduk 16jam.Tapi tak terasa pun sebab waktu ni siang sekejap dan malam lama. Jadi siang habiskan masa menikmati keindahan alam, dah gelap trus kite tidur.

Pakcik yang duduk depan aku ni dok baca buku dari awal sampai gelap. Takde nak berborak pun. Senyum pun tak.Tak friendly langsung. Eh..ngumpat plak..

Seat tepi tingkap ni memang jadi rebutan le..plug ade untuk cas hp..Kami kongker dari start naik train sampai ke malam dah nak tidur..

Eiza nak duduk katil atas tu..Cuma dapat tidur je.nak duduk memang sakit badan laa..

City Wall Xian.Bye Xian..nanti aku datang lagi..Aku bercita-cita nak bawak Mak Ayah aku datang sini.Mesti diorang suka sebab ramai muslim.

Dah mula masuk kawasan pedalaman..Nampak rumah-rumah orang kampung.

View pun makin mengancam..Dengan daun-daun yang dah start berubah warna..Masuk terowong-keluar terowong..Ade satu part tu keretapi lalu lereng gunung, masuk ikut dalam terowong..Jadi aku nampak gerabak belakang separuh dok dalam terowong-separuh kat luar..Ko paham tak apa cakap ni?Kalau tak paham nasib la..Aku tak sempat nak record..Tapi view die memang cantik!

Lalu ikut kampung-kampung pedalaman, memang macam-macam boleh nampak..

Ladang-ladang, kandang lembu, kandang kambing..Sawah padi je aku tak jumpe.
Makin jauh dari Xian, makin merah daun-daun pokok aku tengok..

Bile hari dah makin gelap, kami makan awal-awal nasi cendawan tu sebab takut die dah basi sebab kembang campur kuah..Lepas makan, agak-agak jam 6 petang kami solat jamak maghrib dan isyak, dan terus bersiap tidur..Rasa macam pukul 10 malam padahal baru pukul 7 sebab banyak lampu dalam gerabak tu dah tutup..

Dan malam tu memang aku tidur nyenyak gile..Sedar-sedar je dah pukul 4 pagi.

Sampai di Chengdu Station, keluar je hari masih gelap. Jam baru pukul 5 pagi..

Tapi kat luar ni dah riuh dengan orang-orang teksi dok cari penumpang.

Bile pegi dekat kawasan teksi yang beratur tunggu orang, aku nak naik dihalaunye aku..

Ade sorang abang teksi ni dok suruh aku naik teksi die, aku tanye berapa harga lepas aku tunjuk alamat hotel, die kate RMB 30..

Gile!!3 kali ganda dari ape yang orang hotel cakap.

So aku tak jadi naik, die maki aku..

Bile aku nak pergi naik teksi lain, driver teksi tu halau aku pulak. Bukan sebuah teksi je tau, 4 -5 buah teksi driver die halau dan tak layan aku. Bile penumpang lain nak, die layan pulak!

Kegilaan apekah ini??

Serius boleh buat aku hot pagi-pagi buta kat Chengdu ni. Takde sense of welcoming langsung!!

Dah le dengan bunyi hon teksi tak berhenti, kene pulak dengan orang die yang kurang ajar..Memang menguji kesabaran aku je..

Lastnye abang teksi yang maki aku tadi datang marah aku pastu paksa suruh aku naik jugak kete die. Aku dah malas nak pikir, naik je la. Tapi aku maki die balik dalam melayu..Tapi die buat bodoh je, bukannye die paham.

Rupenye dalam teksi die tu dah ade dua orang, tapi die nak sumbat dua orang lagi. Tu yang die paksa aku naik jugak..Nak lagi gile, teksi belakang die yang beratur dok hon-hon suruh die cepat. Sebab tu die stress dok maki-maki aku tuh.

Dah sampai hotel, baru die perasan hotel tu dekat je dengan station. Jadi die bagi kurang RMB25.

Ahh..lantak la, aku dah malas nak bertekak dengan orang teksi kat China ni..Terus aku bayar.

*istighfar kejappp...

Meh aku cerita pasal hotel pulak.

Kali ni aku amik Traffic Inn Hotel. Memang high recommended dalam trip advisor..

Tapi itu dulu la..mase location die dekat dengan Xinannmen bus station. Sekarang die dah tukar location..Tauke die kate sebab masalah owner tanah tu mintak die keluar sebab tanah tu nak develop. So die kene pindah la..

Kesian jugak kat diorang sebab bisnes dah cantik dah..

Jadi bile location baru ni, aku tak tau highly recommended ke tak.

Sebab bangunan hotel ni asalnya sebuah hotel jugak, cuma die tukar nama & owner je. Kalau tengok gambar bilik memang okey la..Tapi bagi category backpakers hostel, bagi aku tak menepati citarasa backpackers. 

Sebabnye design asal bangunan ni ialah hotel 3 bintang, tapi versi lama. Jadi bile nak ubah jadi konsep backpakers hostel memang susah la.

Bilik hotel okey je, luas..katil lebar, kettle ade. Siap dengan komputer lagi..ade internet pulak tu..Tapi tu le, internet lembap..Aku rase bukan internet kat hotel ni je, tapi semua hotel yang aku pergi line internet & wifi lembap tahap siput. Siput pun lagi laju.

Toilet..ade bau 'lama' sikit.

Actually, toilet die glass wall.Tapi ade tirai kat luar. Tapi kalau gigih nak ngintai orang dalam buat keje pun still boleh...huhu

Nak dijadikan cerita, kami sampai jam 5 pagi tu, budak kaunter die dok tidur lagi.Aku pulak booking untuk 1 malam je, yang mana kene check in pukul 2 petang. Aku tanye die kalau nak check in awal kene bayar tak.

So die call bos die, aku terus deal dengan Loretta, bos die.

Si Loretta tu bagi kami duduk kat bilik yang kosong dulu. Masalahnye bilik kosong yang ade cuma family room je. Bile dah petang balik dari panda center baru kami pindah bilik double room.

Aku dah risau kot-kot kene bayar lebih. Tapi bile nak check out, die charge untuk bilik double room je.

So aku boleh category kan Traffic Inn location baru ni okey la dari segi staff service die. Cuma untuk menepati konsep hostel tu belum capai matlamat die lagi.

Tengok!!Baik kan aku nak bagi review.Kalau mat saleh lain dah maki teruk dah sebab memang jauh beza dari konsep hostel.

Sebab kite dah dapat rehat sekejap kat family room, kami golek-golek dulu kat katil die sebelum keluar untuk next destination.

Kejap lagi kite nak ke Panda Reseach Base Centre.

bersambung...

2 comments:

  1. nak tanya, camna solat dalam train? diorang tak pandang alien solat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. actualy kann..cara aku ni tak berapa betul seba aku solat sambil duduk atas katil, sebab tak jumpa tempat yang sesuai nak solat berdiri kecuali depan pintu toilet.

      then, kat hotel qada' balik solat tu. tapi aku..tak pun..hihi

      Delete