Thursday, February 11, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 2 ; Chengdu - Jiuzhaigou]

Sorry sebab lama sangat nak sambung dan antara sebabnya ialah sepanjang jalan atas bas nak ke Jiuzhaigou, aku banyak amik video, gambarnya kurang. Konon nak share kat sini video-video tu..tapi dah puas aku try edit tak menjadik. So, punah la harapan aku nak share dengan korang. Maka video-video tu terperap la simpan dalam folder.

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 1 ; Chongqing - Chengdu] - Part 2

Hari ni bermulalah perjalanan panjang kami selama 9-10 jam ke Jiuzhaigou.

Naik bas long journey 12 jam ke atas  aku boleh hadap lagi sebab dari kecik famili aku dah hadam dengan naik bas dari KB-JB bila tiba musim raya.

Tapi yang merisaukan aku ialah dari segi mental dan communication sepanjang perjalanan.Toilet tu masalah utama!!

Aku ade pernah baca old chinese people mengatakan 'going to heaven is much easier than Jiuzhaigou'.  Aku nak balas balik boleh tak..

Sebelum ko nak ke syurga, kene melalui alam kubur & alam akhirat yang lagi menakutkan?*mode insaf

Bas kami jam 9.30pagi. Walaupun hostel dekat dengan station bas, kami tetap keluar awal sebab dah tau, tahap keramaian orang-orang cina bila naik public transport.

Entrance Xinnanmen Bus Station.

Pagi tu kami sarapan mee dan sate kambing yang tak habis malam tadi. Aku panaskan dengan dengan rendam air panas je, still sedap jugak.

Lepas makan, masuk toilet dulu untuk buat ape yang patut sebab aku dah setup tak nak masuk public toilet sepanjang perjalanan ke Jiuzhaigou selama 10 jam nanti.

Kemudian kami terus ke Xinanmen bus station. Masuk je terminal, ade banyak gate, tapi aku tak tau nak menuju ke gate mane. Tapi ade sorang guard datang tolong sebab dok tengok kami tercengang nak masuk gate mane. Die bawak kami terus pergi ke bas, padahal jam waktu tu baru 8.30pagi.

Lama jugak kami tunggu atas bas tu, agak-agak dalam 9.30 pagi, bas pun jalan.

Dan bermulalah perjalanan kami selama 10 jam dalam bas.
Xinanmen Bus station.

Aku takde ape nak cerita sangat sepanjang journey nak ke Jiuzhaigou ni.

Bosan memang bosan.Iye la, duduk je atas bas, siang hari pulak tu. Nak tidur tak boleh lelap..Aku pulak bukannye jenis yang senang tidur. Jadi sepanjang perjalanan tu aku cuma tengok pemandangan je.

Nobita yang duduk kat tepi cermin membuta je keje die. Lastnye aku tukar tempat, biar aku menghayati pemandangan. Membazir je kalau kaki tidur duduk tepi tingkap.

Dan view sepanjang perjalanan tu memang cantik. Memang rugi sape yang tidur.

Gunung-ganang, sungai-sungai, perkampungan orang...semua tu betul-betul menjadikan ia cantik.

Jalanraya pulak sekejap masuk lorong, sekejap lalu tepi gaung..Tapi takde le rasa gerun.

Tapi aku gerun bile bas keluar masuk terowong jalan sepanjang 20km - 30km. Setiap kali bas masuk terowong, ada signboard yang nyatakan terowong tu berapa km.

Engineering China memang superb!!

Kagum aku dengan China ni. Kalau kita rasa dah boleh berbangga dengan terowong SMART tu, tapi kat China terowong camtu picisan je. Selamba badak je depa create terowong yang belah gunung ganang.

Lagi satu, terowong yang panjang tu pun die boleh buat untuk kemudahan perjalananan rakyat die tanpa bayaran tol. Tak macam kite,keluar jalan ni bayar tol, masuk jalan ni bayar tol lagik.

Eh...Betul ape aku cakap ni.

Okey, aku malas nak cerita panjang, layan gambar je yg aku sempat snap dari dalam bas.

Tapi sayang, cermin bas kotor.

Hampeh..


 Kebanyakan gunung ganang takde pokok. Sebab tu time summer, bila hujan turun, banyak landslide berlaku.

Passal je camera aku tak canggih. Kalau tak korang akan nampak view-view die memang cantik.

Gunung ganang..

 Serta perkampungan mereka..macam yang aku selalu tengok dalam documentary.*Aku memang suka tengok documentary orang-orang yang tinggal di kaki gunung.


Lagi..

Again..

Salah satu tempat bus berhenti rehat.

Aku dah lupe berapa kali bas berhenti. Tapi rasanya ade le dalam 3-4 kali. Yang pasti jam 1 tengahari bas berhenti untuk lunch kat kedai makan yang besar sikit.

Aku dengan Nobita memang kurangkan makan dan kurang minum sepanjang perjalanan.Cuma makan buah-buahan dengan biskut je.

Sebab ape aku taknak makan??

Nak elakkan dari masuk toilet daa...

Komfirm bas akan berhenti di toilet kawasan pedalaman punye. Jadi aku dah bayang camane toilet die..

Banyak review kata toilet kotor.

Okey, itu standard toilet China, takpe lagi..

Tapi kalau dah takde pintu,nampak orang buat keje sebelah??Ko sanggup??

Sebab tu aku cuba elakkan minum air hari tu.

Dalam jam 3 ptg, bas sampai ke Pekan Chuanzushi. Mase ni ade le 2-3 orang penumpang turun.

Kat pekan ni aku dok aim jugak kedai-kedai sebab petang lusa tu kami akan ke sini sementara tunggu flight balik ke Chongqing.

Aku nampak masjid yang boleh tahan besar jugak kubahnya. Restoran muslim pun banyak. Mana-mana deret kedai mesti ade mislim restaurant.

Kemudian bas teruskan perjalanan ke Jiuzhaigou, yang mana destinasi terakhir bas.

Dalam jam 6 ptg, bas sampai di Jiuzhaigou dan berhenti tepi jalan. Ramai yang turun..

Sape-sape yang turun tu kene serbu dengan promoter yang offer hotel murah.

Aku dengan Nobita berkira-kira nak turun ke tak. Aku dah dapat agak yang kat situ le area hostel aku.

Aku pandang belakang, ade satu group mat saleh dalam 5 orang, dua orang mamat cina tengah berbincang. Cuma tinggal kami je atas bas.

Bila aku nak turun, driver bas halang.

Sebab sedih tak boleh turun, aku mengadu dengan mat saleh. Aku tanye die nak turun kat mana dan dah ade hotel belum.

Rupenye group diorang takde hotel lagi, jadi mamat china dua orang tu cuba tolong diorang untuk booking hotel.

Aku ni sebenarnye nak tanye diorang nak turun kat tempat tu atau ke station bas je. Tapi agaknye sebab mat saleh tu hensem sangat kot, aku tak tertanye pulak.

Dan dengan bangganya aku keluarkan kertas booking hotel aku. Dan mereka gembira...mamat cina tu cuba call hotel aku tu tapi tak de jawapan.

Kemudian mamat cina tu cakap, better kita turun di bus station Jiuzhaigou, sebab diorang nak beli tiket bas balik ke Chengdu.

Jadi aku follow je la group diorang.

Sampai di bus station, kami kene serbu dengan ah so-ah so promoter hotel.
*Bagi korang yang takde booking hotel, boleh je amik hotel dengan diorang. Siap dengan free transportation ke Entrance Jiuzhaigou Park.

Settle diorang beli tiket bas, kami cuba nak berjalan kaki nak ke hotel. Tapi nampak gaya macam jauh, lastnye kami terpaksa naik teksi..sebab ramai, terpaksa amik dua buah teksi.

Nasib baik Wu (mamat cina ) tu bayar tambang teksi. Maybe die rase responsible terhadap tourist-tourist ni kot. Dan lepas jumpa hotel Mat Salleh nak duduk, Wu hantar kami ke hotel.

Sebenarnye hotel aku dah dekat dengan bas berhenti tadi. Mungkin sebab tu Wu rasa bersalah tak suruh kami turun dan sebab tu die bayarkan tambang teksi tadi.

Kedai-kedai di sekitar hotel aku duduk.

Nak jumpa lobby hostel, kena masuk lorong tengah tu. Nasib baik ade Wu, boleh baca tulisan Cina.

Ni mainroad yang mana laluan bas. Deretan kedai ni la ade muslim restaurant.

Aku duduk hostel Jiuzhaigou Self Tour Youth Hostel . Bagi aku not bad la hostel ni, cuma sempit je..

Tapi don't aspect too much hostel area sini sebab Jiuzhaigou adalah kategori pedalaman.

Tapi dari segi location, area sini adalah paling baik sebab dah dekat dengan entrance Jiuzhaigou Park dan restaurant muslim.

Bilik takde aircond, tapi tilam ade heater. Sejuk gile, lagi-lagi tengah malam.

Toilet die, yang penting bukan glass wall.

Dah sampai bilik, takde buat ape malam tu. Kami tidur awal, sebab esok nak masuk Jiuzhaigou National Park yang dikatakan antara National Park yang tercantik di dunia.

Sebelum tidur, si Nobita bersuara, "Along, bosan la trip kali ni. Takde pergi tempat best pun lagi."

"Diam la ko..dah dapat tiket free tu jangan banyak komplen. Kita tunggu esok."

Get ready!!

bersambung...

5 comments:

  1. Allah....entry ni la aku dok tunggu dr dulu. Sbb aku x jumpa pun blog org gi jiuzhaigou. Oleh sebab lambat naw ko up entry ni..aku redah je aritu. Selamat sampai dan balik. Hiks. Hotel aku pun area ni gak aku rasa. Yg aku ingat kat depan seberang jalan ada sungai. Air dia...fuhhh deras ko! Bila malam aku selalu nengok kat tingkap.gerun ko. Tapi spoil pukul 12 tgh malam lampu jln pun dorg tutup. gelapnye..

    Eh terpanjang pulak aku komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..alamakk...sorry..sorry..sampai orang dah balik baru aku update.hihi

      Delete
    2. Takpe...teruskan update utk kitorg plak...
      Mode menunggu.. :-)

      Delete
  2. Eh silap la..hotel aku kat mainroad tu la.

    ReplyDelete