Monday, February 22, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 4 ; Huanglong National Park]

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 3 ;Jiuzhaigou National Park]

Hari ni kami bangun awal pagi. Malam tadi sebelum tidur kami dah siapkan packing beg sebab nak keluar awal untuk naik bas ke Huanglong Valley.

Aku tak tau bas tu jam berapa gerak, tapi yang aku tau die bertolak awal pagi dengan harga RMB40.

Play safe, jam 7 pagi aku dah tercongok kat bus station Jiuzhaigou dan beli tiket bas. Aku cuma beli tiket pergi je sebab malam nanti kami kene naik flight ke Chongqing di Jiuzhaigou Airport. Walaupun nama die Jiuzhaigou Airport, tapi kedudukan airport ni dekat dengan Pekan Chuanzhushi.

Jadi transportation dari Huanglong Valley ke airport aku tak fikir lagi sama ada perlu naik teksi atau tak.

Bas datang, kami terus naik dan tunggu atas bas je. Rupanye bas tu pun jenis tunggu penuh baru jalan.

Dalam jam 8.30 pagi, bas pun bertolak ke HuangLong..Jauh perjalanannya, ambil masa 3 jam jugak.

Dalam perjalanan tu, budak conductor bus datang tanye sorang-sorang bile balik nanti nak naik bas yang sama atau tak. Sebab bas ni akan tunggu penumpang dan pulang balik ke Jiuzhaigou jam 3 petang.

Aku dah dapat agak itu yang dibincangkan..

Bila tiba giliran aku, dan sorang minah saleh, budak conductor tu garu kepala..

Lastnye die buat announcement kot cina. Kemudian datang sorang mamat china, datang deal dengan kami dalam english. Kira penterjemah bahasa laa...

Mamat ni le yang tanye kami sama ada nak ikut balik ke Jiuzhaigou atau tak.

Jadi aku bagitau die, yang aku nak naik flight malam ni, tapi nak pergi Pekan Chuazunshi dulu. Mat saleh pompuan tu pun sama, die nak pergi ke Chuanzhunsi sebab dah book hotel kat situ.

Jadi budak tu cakap, boleh naik bas tu dan diorang akan drop  kami dekat dengan simpang ke Huanglong. Bayaran die RMB30.

Ini sudah bagus..takyah susah susah nak cari taxi  dan takyah pikir mane nak simpan beg yang gedabak tu.

Kemudian dah sampai di Pekan Chuanzhunsi, bas berhenti kejap di persimpangan jalan masuk menuju ke Huanglong. Tak tau ape sebab bas berhenti kat sini, tapi ramai jugak yang turun pergi bilik air.

Kat sini jugak ramai driver-driver taxi/ prebet yang tunggu penumpang nak tarik orang pergi ke Huanglong dan tempat-tempat lain.

Tibe-tibe ade orang ketuk dinding bas dari luar tempat aku duduk. Bile aku tengok ade sorang pakcik dok tengok aku, sengih-sengih..Aku senyum je la..tak tau la orang ni sewel ke ape..

Pastu lelaki tu masuk dalam bangunan dan keluar balik dengan kopiah..oooo..die nak bagitau, yang die muslim jugak rupanya.

Lepas tu aku pun aku angkat tangan & senyum kat die..

Point A tu Pekan Chuanzhunsi, tempat bas berhenti sebelum masuk ke Huanglong. Kat situ jugak nanti ade orang naik bas promote untuk beli ubat-ubat sebagai preparation kot-kot terkena altitude sickness. Aku tak beli pun, bukannya nak pergi Tibet pun. Point B pulak Huanglong Valley. Acu tengok jalan tu, bengkang bengkok tak?Boleh muntah ijau kalau ape2 yang jenis mabuk. Lepas habis cover Huanglong Valley, kami akan pergi ke Chuanzhunsi untuk habiskan masa sebelum menuju ke airport (Point C) yang mana flight kami jam 11.30 malam.

Kemudian bas meneruskan perjalanan ke Huanglong. Jalan makin berliku, naik bukit turun bukit..

Banyak yak dok makan rumput tepi jalan. Makin ke dalam, view makin cantik..

Aku malas nak cerita panjang, kita layan gambar je la..


Gunung-ganang...bukit bukau...gambar yak aku tak sempat nak snap. Tapi yang pasti yak banyak tepi jalan.*jakun tengok yak untuk pertama kalinya.

Makin jauh ke dalam, bukit menghijau makin berkurang, tapi bukit-bukau yang diliputi salji makin banyak.

Jalan yang bengkang-bengkok. Tapi nasib baik tak curam.

Nah, tu dia..makin ke dalam, view ini la yang aku nampak.

Feeling dah sampai Tibet dah waktu ni

Banyak kereta berhenti tepi-tepi jalan untuk ambil gambar. Kalau aku chartered keta satu hari dari Jiuzhaigou konfirm dah berhenti ambil gambar tepi jalan


Akhirnya selepas 1 jam, bas sampai depan main entrance Huanglong National Park.

Lengang..takde le ramai sangat orang. Ataupun mungkin sebab entrance die terlalu besar, tak macam entrance Jiuzhaigou yang kecik, menjadikan ia lebih padat bila ramai pelancong.

Sebelum turun bas, conductor tu cakap bas akan tunggu kat depan ni dan semua yang nak naik bas tu kena ada jam 3 petang. Waktu tu jam aku dah 11pagi..Aku kira-kira cukup le kot masa die bagi tu.

Kami terus menuju ke tempat cable car, sebab aku dah set taknak mendaki, tapi nak naik cable car terus menuju ke puncak.

Harga tiket masuk ke Huanglong National Park ialah RMB200 dan cable car ticket RMB80.

Tapi cable car ni hanya untuk naik sahaja tau, bukannya return. Untuk turun harga RMB40. Tapi kalau ko dah sampai atas sana, takda maknanya ko nak patah balik ke arah cable car sebab jauh.

Ni pintu masuk die. Tapi kalau nak naik dengan cable car, bukan melalui pintu ni. Gate ni hanya untuk mereka yang berminat untuk mendaki je..Aku tak...aku takkan mendaki.hihi

Cable car menaik..tinggi jugak..

Tanah rendah..sayup kutinggalkan.

View dari dalam cable car.layannn

Bila cable car berhenti dan keluar, jangan ingat dah sampai pulak..Kene menapak lagi ikut walkway yang ada menuju ke puncak. Mula-mula aku ingatkan dekat..

Tapi rupanya jauh..Jauh tu takpe, tapi mendaki.

Haishhh..semput aku dibuatnya..

Kali ni mendaki bukan masalah kaki..tapi masalah jantung..

Aku dah rasa tak cukup oksigen bile mendaki dari tempat cable car hingga ke puncak.

Orang-orang yang naik bas sekali dengan kami tadi dah tak nampak bayang dah. Padahal naik cable car sama-sama.

Kejap Nobita nak masuk toilet, kejap aku pulak masuk toilet. Ntah kenape pulak kali ni aku kerap masuk toilet..Mungkin jakun tengok toilet yang cover dengan plastik kot.

Kat sini pun sama dengan Jiuzhaigou, no sewerage treatment plant.


Point merah tu adalah separuh dari perjalanan dari tempat cable car berhenti. Nak tak nak ko kene mendaki ke atas lagi sebab route die bentuk pusingan. 

Mendaki..Awal-awal tu aku boleh tahan lagi..tapi dah separuh jalan, aku rasa sakit dada. Sepanjang perjalanan ada banyak gerai yang jual air-air dan coklat. Itu tak menarik perhatian aku..Yang aku tertarik ialah botol oksigen..Lastnye, aku beli jugak botol oksigen tu memandangkan makin tinggi altitude, makin susah aku nak bernafas. Dah lupa berapa harga die, tak salah aku RMB10.

Dah sampai kawasan open ni, aku lega sikit sebab sangkaan aku dah nak sampai ke puncak..

Tapi hampaa...jauh lagi sebenarnya..dan semuanya mendaki, takde landai pun..fuh..mencabar gile biarpun laluan cantik. Kami berenti rehat kejap sambil makan buah. Perut kena isi..kami cuma makan biskut je dalam bas tadi. Nasi goreng brahim aku dah panaskan kat hostel, tapi dengan keadaan semput camni, tak lalu aku nak makan.

Akhirnyaa..dah nampak air nan membiru ni aku dah lega..ini menandakan kami dah nak sampai ke puncak.

Nah..ini la die breathtaking view yang aku nantikan..Penat makk..

Lama jugak kami duduk sini untuk tarik nafas lega dan pose-pose manja..Ni nama die Multi-colored pond yang mana paling atas sekali dalam Huanglong Valley ni. Huanglong Valley ni pun macam Jiuzhaigou Valley jugak, banyak pond cuma berbeza warna air je. Tapi location pond di Huanglong berkedudukan seperti tangga, dari atas hingga ke bawah. Bukan macam Jiuzhaigou yang bersepah kiri dan kanan.

Memandangkan dah tak cukup masa, lepas dah dapat oksigen original (bukannya dengan botol oksigen yang dibeli tu) kami bergerak untuk turun ke bawah. Jam waktu tu dah 1.30 tengahari. Memang takde maknanya aku nak berkelah makan tengahari kat atas ni.

Tapi kami jalan slow-slow..Ni masih lagi di Multi-color pond. Asal jumpa port menarik je berhenti..Nasib baik le kat sini tak crowded macam Jiuzhaigou. Jadi aman le sikit nak pose-pose.

Lagi..

Lagi..

Lagi..Layan je laa view ni.

Masa on the way turun tu aku terserempak dengan mamat china yang jadi tukang translate atas bas tadi. Sambil jalan turun tu dok borak dengan die. Die kata asal Shanghai dan sebenarnya die pi travel ke Nepal. Tapi masa hari kedua kat sana, Nepal gempa kuat, jadi die terpaksa batalkan hasrat die nak gi Everest. Jadi mase nak choose route flight balik, die pilih transit di Chengdu, then datang ke Jiuzhaigou-Huanglong untuk ganti destination asal die, Nepal. Die cerita lagi, mase gempa tu die tengah melawat temple ape ntah. Nasib die baik sebab tak masuk temple lagi, duduk kat open area. Die cakap memang depan mata die nampak orang kene hempap dengan batu. Fuh..seriau aku dengar..

Dalam Huanglong National Park ni pun ade banyak temple yang dibina.

Masa tengah berjalan tu tibe-tibe clip lens si Nobita ni jatuh dalam semak pulak..Aku paksa die terjun ke bawah walway tu amik cliplens. Jangan tinggalkan sisa ko kat atas gunung ni!

Berjalan turun dan terus berjalan, mamat cina tu dah ke mana dah..Laju jugak die berjalan..Kami je macam siput.. Dan sampai le di temple ni.. Kat sini ade salji menimbun depan temple..dapat le aku pegang salji sikit kat China ni..

Dalam perjalanan turun ni, sepatutnya ade kolam-kolam yang airnya biru jernih jugak. Tapi aku tengok banyak  yang kontang. 

Berjalan turun sambil layan view.Nampak tak tanah yang landai tu?Aku nak turun ke situ le..Itu pun tempat tu separuh dari perjalanan untuk ke bawah.

Jauh lagi perjalanan aku ke bawah. Nak kene mengejar masa jugak tu. Risau kalau bas tinggalkan kami.

 Aku ingatkan mase nak turun ni tak perlukan bantuan botol oksigen, tapi rupanya aku kena sedut jugak..Tak cukup nafas jugak rupanyaa..

Kat belakang aku tu la botol oksigen penyelamat aku di kala tak cukup nafas. Tak pernah aku rase susah nak bernafas sepanjang hidup ni. Ye la, aku bukannya ade asthma pun.. Tapi kat sini aku boleh sakit dada nak bernafas.

Makcik pengutip sampah..bagi aku orang cina di kawasan pedalaman ni baik-baik dan bersopan santun dari yang tinggal kat bandar. Sepanjang aku datang kali ni, ramai yang prihatin dengan pelancong-pelancong a.k.a alien..Cuma cara intro diorang tu macam kiah propa, tengok atas bawah. Tapi sebenarnye diorang baik dan cuba menolong orang.

Ni aku tak tau ape, yang pasti bukan jamban

Hah..ni map die. Yang korang nampak laluan kaler hijau, tu adalah laluan untuk tourist dan melalui photozone untuk pond-pond yang lain. Tapi dari jauh aku nampak banyak anak tangga..OMG..kita perlu elakkan, biarpun ianya menurun. Jadi aku pilih laluan kaler gelap tu..kurang berlingkar, kurang anak tangga dan melalui di tepi-tepi hutan.

Menyelusuri hutan-hutan yang dipenuhi moss.

Ramai jugak yang lalu laluan ni. Actually ni laluan untuk mereka yang mendaki sebab laluan ni pendek sikit. Yang naik tu semua pelancong makcik pakcik..Aku tak tau sampai mana diorang boleh naik. Adakah sampai puncak paling atas?Sebab kalau aku, aku tak mampu ambil masa singkat sebab laluannya semua mendaki, takde mendatar langsung. Aku tercabar..

Masa nak turun ni, si Nobita dah tak larat sangat dah. Iye la, kami tak makan tak ape, cuma makan buah je. Aku suruh duduk rehat je, kalau pengsan kang aku jugak yang susah..Tapi bile tengok jam dah jam 2 lebih, terpaksa teruskan perjalanan jugak  sebab risaukan bas..haishh

Jumpa lagi pond.. Kalau aku follow laluan yang kaler hijau tu akan dapat jumpa banyak pond.

Tapi takpe la...

Sebab aku tau, banyak pond yang dah kering. Aku tak tau kering sebab dah sampai masanya atau sebab sekarang ni memang summer, jadi air berkurang.

Sepanjang perjalanan menurun tu, aku jumpa ramai 'malin kundang' yang bawak stok-stok makanan ke atas..Kagum aku dengan diorang ni.Gagah betul..aku yang galas beg menurun pun tak tahan, diorang yang galas beban camni boleh berjalan naik.

Jangan ingat pakcik ni posing. Ni die berhenti rehat kejap, duduk atas tongkat die tu.

Masa aku nak ambil gambar makcik ni, die pusing muka tengok arah lain. Aku senyum & tunduk hormat masa die pandang aku lepas snap gambar ni. Tak tau nape, aku sedih tengok die. Air muka die menggambarkan peritnya diorang nak mencari rezeki demi sesuap nasi. 

Akhirnya sampai jugak kami di main entrance..Tengok jam, baru 2.40ptg..hmm.. ade masa lagi. Aku nampak ade post office, jadi aku post poskad yang ade. Separuh je yang aku post kat sini dan separuh lagi aku post dari Chongqing. Poskad yang aku post dari Huanglong ni ambil masa 2 bulan nak sampai..oh yeahhh..tu baru betul, membuktikan yang aku post dari pedalaman.

Akhirnya kami berjaya jugak menamatkan mission ni sebelum jam 3 petang. Naik bas, Nobita makan nasi sikit dan telan panadol. Katanya kepala die berpusing...

Bas belum bertolak balik lagi, die dah membuta tidur. Takpe la, penat betul die ni..

Aku?Aku penat jugak sampai tak lalu nak makan nasi. Bile bas jalan, aku tidur..

Tiba-tibe aku rasa loya nak muntah. Nasib ade plastik, boleh le aku buang. Tak muntah ape pun sebab aku takde makan ape kecuali buah tadi. 

Ohh..seksanya hari ni..

Tapi penyeksaan hari ni belum berakhir.

Bila bas sampai di simpang tempat die berhenti pagi tadi, kami turun dan bas akan teruskan perjalanan ke Jiuzhaigou. Yang turun dari bas waktu ni cuma 3 orang je. Aku, Nobita dan minah saleh dari France.

Macam biasa, kami kene kerumun dengan driver-driver taxi. Sebab aku pun masih pening-pening ayam sebab muntah tadi, aku follow je minah saleh tu since kami dah janji nak follow die ke hotel tempat die menginap sementara menunggu malam. 

Yang aku dengar, ade sorang mamat cina ni approach die. Minah tu pandang aku, sama ada okey ke tak ambik die. Aku okey je memandangkan aku kene survive lagi nak cari taxi untuk ke airport malam ni, jadi aku ingat nak hire mamat ni since die boleh speaking.

Dari simpang tu kami pergi ke hotel tempat minah france tu menginap. Mamat cina ni le yang tolong kami deal dengan pihak hotel untuk kami berehat sekejap di lobby & letak beg kami sementara menunggu malam.

Takkan aku nak tumpang bilik minah saleh tu pulak. Dan takkan aku nak check in pulak.

Time tu jam aku dah tunjuk hampir pukul 4.30 ptg. Aku dah janji dengan mamat cina tu suruh datang ke hotel jam 7 petang untuk hantar kami ke airport. Ade masa lebih kurang 2 jam setengah kat pekan kecik ni.

Kami berjalan di pekan Chuanzunshi yang lengang.

Waktu jalan-jalan di deretan kedai ni, aku terserempak dengan sorang makcik muslim yang duduk depan restaurant die. Aku tanye die masjid kat mana sebab hajat hati aku nak pergi berehat kat masjid je.

Tapi punye panjang die explain. Bukan masalah aku tak paham bahasa cina, tapi aku yang paham ianya jauh.

Dan aku dah tak larat nak jalan dah..Yang aku nak sekarang ialah tempat berehat.

Akhirnya aku buat keputusan masuk kedai makcik ni je makan.

Aku guna google translate nak cakap dengan makcik tu untuk minta izin kami berehat sementara tunggu malam. Die bagi je kami duduk situ.

Agaknya kesian sangat tengok kami yang dah pucat nak recharge energy dari turun gunung tadi.

Die cuba jugak berbual dengan kami..tapi masalahnye handphone aku tak de tulisan cina. Aku pun lupa tang mana nak setting tukar language phone tu.

Sudahnya guna bahasa ayam dengan itik je.

Kami order mee tarik, makan lambat-lambat. Makcik tu pun tau kami dah berehat kat meja, die pun malas nak kacau kami. Akhirnye die pi melepak dengan jiran-jiran kat depan kedai.

Duduk dalam kedai makcik ni, dapat le jugak berehat dengan bukak tudung,lepaskan sakit kepala..dapat pergi toilet, tidur kat meja makan. At least dapat le jugak berehat. 

Bila dah recharge, kami keluar dari kedai tu untuk jalan-jalan sekeliling  pekan. 

Terima kasih untuk makcik kedai yang bagi tumpangkan kami berehat. Semoga rezeki makcik bertambah. Aminnnn...

Jalan-jalan round pekan koboi yang lengang ni, sekejap je buatkan aku nak patah balik ke hotel. Bukan sebab tak best, tapi aku dah takde mood nak explore lebih-lebih.

Dalam kedai makcik tu. Nasib baik takde orang, jadi kami buat macam rumah sendiri. bukak tudung, tidur kat meja.

Aku tak tau kenapa lengang takde orang..Tapi pekan ni tak mati..Setiap kedai ade je pengunjung.

Lengang..

Dan bersih...

On the way ke airport tu baru le aku tau yang aku dah salah port. Patutnya aku minta mamat cina tu berhentikan kami di row deretan kedai yang lain sebab area sini pekan lama. Bahagian belakang kedai ni ade kedai-kedai baru yang mana kat situ le tumpuan tourist dan happening sikit. Dan kat situ jugak la letaknya masjid.

Muslim restaurant memang berlambak kat sini. Mamat driver tu cakap, ade 3 main komuniti kat duduk kat pekan ni iaitu cina asli, muslim dan tibet. 

Dah 6.30 petang, kami pergi ke hotel. Walaupun lambat lagi, kami amik keputusan nak rehat kat lobby hotel je.

Tepat jam 7 petang, mamat tu datang. Nasib baik la ade die tolong kami itu dan ini. 
Aku dah lupa berapa tambang aku bagi die untuk ke airport. Tak salah aku RMB50.

Dah sampai airport, jeles pulak aku tengok tourist lain dah dapat naik flight sedangkan kami kene dok tercongok sampai jam 11.30mlm.

Haishh..menyesal pulak aku pilih flight 11.30mlm. Kalau tau aku ambil flight awal.

Bila aku pikirkan akan sampai Chongqing 1 pagi, lagi le aku pening..

Nak tidur kat airport ke, nak check in hotel? Kalau nak tidur hotel, kene ready mental nak communicate dengan driver taxi. Tak cukup dengan tu, camane nak explain dengan orang hotel untuk check in sebab komfirm kami sampai dalam jam 2 pagi.

Hoiii..terseksanya hari ni..itinerary macam kambing balik kampung!

Padan muka diri sendiri.

Dalam jam 9 malam, pakcik guard airport yang tengok kami dok baring atas seat datang tegur. Aku ingat nak halau tak bagi tidur. Tapi lepas tengok tiket kami, die suruh kami check in barang dan masuk departure terus biarpun gate dan kaunter beg tak bukak lagi. Die pi bercakap dengan budak kaunter, kemudian kami boleh check in awal.

Rupenye walaupun flight aku jam 11.30 malam (flight last), tapi kaunter check in akan tutup dalam jam 9.30mlm. Nasib baik la kami memang datang awal dan nasib baik pakcik guard tu baik tolong inform.

Masa nak masuk departure hall ni pun satu hal. Power bank aku kena rampas!!

Haishh..memang aku kat pedalaman betul la..strict lain macam.

Power bank aku yang 50 000mAH tu tak boleh bawak masuk. Limit 20 000mAH je.

Okey, memang salah aku sebab standard international guideline cuma benarkan 20000mAH ke bawah je boleh bawak masuk flight.

Tapi camane power bank tu boleh lepas kat KLIA2? Aku dah pernah bawak gi Combodia lepas je. 

Tak cukup dengan tu, power bank tu jugak la aku bawak mase pergi Beijing dan balik ikut Chengdu dulu. Camane dulu lepas, sekarang tak lepas?

Haish..malas nak cerita panjang. Jadi dengan murah hati aku serahkan power bank tu kat officer tu.

Tapi nasib baik la officer tu minta maaf banyak kali dengan aku sebab die cuma jalankan tugas je.

Dah la, menyesal pun tak guna. Journey aku jauh lagi..Camane aku nak survive di Chongqing jam 1 pagi. Peristiwa malam pertama tiba di Chongqing masih terbayang lagi.

Naik flight, semua orang mata sepet.Kami dua orang je mata bulat. Masa awal-awal flight terbang tu, aku boleh rasa angin kuat..Aku dok pikir, agaknye sebab tu le time winter banyak flight cancel since angin kat sini kuat. Time aku datang ni pun summer boleh terasa.

Dalam jam 1 pagi, kami sampai di Chongqing Airport. Kami mendarat di Terminal 2 (domestic). Mase ni baru aku tau yang Terminal 2 besar dan ramai gile orang. Waktu aku keluar airport 1 pagi tu, orang masih ramai lagi dok tunggu taxi. Yang tidur kat airport pun toksah cakap la..ramai jugak.

Silap aku, malam pertama tu tak berusaha cari T2. Mana la aku tau T1 (international) tu bangunan die jauh-jauh..

Keluar airport, kami terus pergi ke tempat taxi. Aku dah decide nak tidur kat hotel malam tu.

Budget nak lari pun, lari laa..yang penting badan aku nak properly recharge. Aku nak tilam dan katil..Penat mendaki tadi tak habis lagi sebenarnye.

Nasib baik kat kertas booking hotel tu aku dah mintak tolong mamat cina yang hantar kami ke airport tadi tulis dalam tulisan cina. Jadi dah memudahkan aku untuk naik teksi.

Kalau tak, risiko die kami kene halau tak boleh naik. Sebelum naik taxi, aku dah pesan kat Nobita "Kita naik je terus taxi, baru bagi alamat hotel. Jangan tunjuk alamat dulu baru naik."

Akhirnya dapat jugak naik taxi dengan takde masalah.

Dah sampai hotel, lobby dah gelap. tukang jaga hotel dah tidur kat bawah meja kaunter. Kesian pulak aku nak kejutkan die sebab pakcik tu tu cuma porter je. Masa kami check in malam pertama tu, pakcik tu la yang bawak dan angkut beg kami ke bilik. Jadi aku tau, kalau die sedar pun, die tak boleh buat ape-ape.

Tibe-tibe ade 3 orang budak pompuan turun ke lobby dan kejutkan pakcik tu sebab diorang tertinggal handphone kat lobby. Jadi aku mintak budak tu tolong explain kat pakcik tu yang kami nak check in bilik, but incase bilik dah penuh, kami nak tidur di lobby je since aku dah buat booking bilik untuk next day.

Lama jugak budak tu tolong explain kat pakcik tu since die pun masih mamai lagi. Tapi nasib baik la die ingat muka kami yang alien ni, so die suruh tidur je kat sofa lobby tu.

Jadi malam tu kami tidur je kat lobby. Si Nobita toksah cakap la, sebelum pakcik tu izinkan tidur, die dah membuta dah.

Aku jugak terkebil-kebil tak boleh tidur sebab atas flight tadi aku dah tidur nyenyak.

Haishh..Hari yang penat.

Tapi, walaupun hari ni merupakan hari yang penat bagi kami, tapi aku boleh rasa Allah tetap hantar pertolongan di saat-saat kami perlukan bantuan terutamanya bantuan dari local people.

Bagi aku, journey ke kawasan pedalaman China lagi mencabar..tapi orang-orang die lebih prihatin dengan tourist. Lagi satu, orang-orang dia tak kekok tengok pompuan berhijab since kat sini pun ramai muslim people. Cuma diorang jakun tengok orang mata bulat  kulit sawo matang agaknya.*bulat sangat ke mate tuh??

Malam tu dekat jam 3pagi baru aku dapat lelap.

Awal pagi esok kene bangun awal-awal jugak nak pergi Wulong Karst yang mana jauhnya  dekat 60km dari Chongqing. Day trip to Wulong Karst ni pun menguji mental dan fizikal kami jugak ni..

Huh..penat..

bersambung...

6 comments:

  1. giler ah journey ko. alhamdulillah semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. Alaaa 😢😢😢 tempat ni la aku nak gi sebenarnyeee..sbb aku rasa cantik mcm pamukkale kat turki. Rupanya kat huanglong valley. Sedih lagi sekali sbb aku x stadi betol2 pasal trip ni..
    cantik betol view!! Aku ingatkan kat jiuzhaigou. Sbb kat monitor dlm bas tu..aku ada nampak colour pond tu. Matik2 la aku ingat dlm jiuzhaigou je. Cisss..tipah tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruskah aku rase rase bersalah sekali lagi sbb update lambat?hikhik

      Delete
  3. Sebenarnya kann..lagi ok stay kat Chuanzhunsi atau songpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..songpan tak tau la camane situasi die..but for me, better stay di Jiuzhaigou since dr Jiuzhaiakan ade public bus to Huanglong (return).
      Kalau dari Songpan, rasanya ada bus, tapi start jam 6 am. Kalau stay di Chuanzhusi, tak pasti ade bas ke tak. Ataupun boleh hire kereta utk ke Huanglong.

      Delete