Friday, April 21, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; Busan [Day 8]


Pagi ni seperti biasa selepas sarapan kami terus keluar untuk ke Gamcheon Village.

Tapi sebelum tu aku msg Kurnia dulu nak bagitau yang kami dah bersiap nak keluar..

Seperti dijangka, tiada balasan dan aku tau diorang tidur lagi.

Bukan kerja aku nak menunggu diorang, lagi-lagi jauh datang membazir masa kalau menunggu di hotel.

Jadi aku decide kalau jumpa wifi tengah jalan nanti kami msg je la tunggu kat mana-mana.

Ada rezeki jumpa la, kalau tak jumpa babai je terus.

Ecah pun cakap,"Kak, tak jumpa lagi bagus. Kalau tak mati aku kene beli handphone dengan diorang. Semalam aku dah janji nak beli handphone Note3 yang Pak Saiful beli kat Jeju tu."

Jadi untuk menyelamatkan Ecah, aku buat-buat tak bertemu. hahahanat

Dari hotel, kami ke Busan station dan turun di Toseong Station dan kemudian naik bas mini ke Gamcheon Village. 

Gamcheon Village adalah last station bagi bas ni, Jadi tak perlu risau bila nak tekan loceng.

Sikit info pasal Gamcheon Village. 
Gamcheon has long been home to the city’s poorest residents. In the 1940s, only 20 or so houses dotted the hillside, but that number swelled dramatically at the beginning of the Korean War in 1950. War refugees fled their homes for the relative safety of Busan, the only area of the peninsula that remained free from fighting. Within a year, Busan’s population grew from 880,000 to 1.4 million people, and a half million homeless refugees needed a place to live–and fast. Approximately 4,000 people moved from the crowded port areas surrounding the Jagalchi Fish Market to nearby Gamcheon, erecting some 800 makeshift homes using scrap iron, wood and rocks.

Turun je bas aku nampak pintu gerbang cantik maka aku tau perlu masuk ikut situ. Masuk je lorong tu aku nampak bangunan tourist information. Jadi kami masuk dan tengok diorang ade jual peta Gamcheon Village, maka aku pun beli le.

Peta ni W2000. Saja aku beli untuk buat koleksi kenang-kenangan. Lagipun kalau beli map ni dapat main cop-cop bila jumpa pitstop die. At least ade le mission yang nak kene buat sambil berjalan dalan kampung ni. Kalau tak jalan kosong takde ape-ape nak buat. Route line merah tu jalan yang follow. Kiranya kami ni gigih pusing sekeliling kampung laa..

Ade route course yang diorang suggest. Tapi aku tak berapa follow sangat route die. Aku berjalan ikut kaki melangkah.

Bila dah beli peta tu, kami mulakan perjalanan. 
"Kak, cari toilet dulu" Ecah request..
"Haa..jom..sama jugak, nak masuk toilet ni." 
Waktu nak naik tangga masuk bangunan toilet baru aku perasan atas sekali ade PhotoZone. Jadi, lepas toilet kami nak naik atas rooftop tempat photozone tu.

Sampai rooftop bangunan paling atas, ini le scenery yang kami dapat.

Lagi..nampak laut

Gelaran untuk Gamcheon Village ni ialah Macchu Picchu of Busan.

Layan view dari atas. Kat atas ni kiranya information center. Ada staf yang jaga dan tolong ambil gambar. Nak pos poskad kat sini pun boleh.

Selain gelaran Machu Piccu, tempat ni juga digelarkan rumah lego.

Mintak staff situ ambilkan gambar kami.

Kat bawah  ada art work hasil kerja tangan orang kampung. Actually di sepanjang laluan dalam kampung ni penuh dengan kerja tangan masing-masing. Nama artwork ni ialah "Fish in alleys"

Bangunan ni pun salah satu artwork diorang. Tengok burung kakak tua bertenggek kat atas tu.

Tapi sebenarnya bukan burung kakak tua tau..bentuk je burung, tapi kepala manusia..tengok dekat baru perasan. Tapi kalau aku nak snap dekat lagi, kene naik atas rooftop bangunan ni la. Nama artwork ni "People, and birds"

Kalau nak lagi advance, boleh masuk celah-celah lorong setiap rumah. Follow je signboard yang die dah letak. Banyak aktiviti kat sini disediakan owner rumah/galeri. Ada ceramic workshop, ada cartoon workshop, dan ada jugak organic dye workshop.

Laluan tangga nak pergi ke workshop atau galleri.

Kemudian kami berjalan lagi. Tepi-tepi jalan ada banyak kedai-kedai jualan artwork diorang. Banyak yang menarik, tapi lastnya aku beli stokin. Nan hado??Stokin pun ko beli. Sampai sekarang tak pakai-pakai lagi. Time ni dah banyak group pelancong dari China baru sampai.

Mural di dinding-dinding rumah.

Kemudian kami berjalan lagi dan ini le view yang kami dapat. Kat bawah tempat artwork cactus tu pun route Gamcheon Village jugak. Tapi kami tak ikut route tu.

Sepanjang jalan akan ada artwork yang cantik-cantik dan jalan penceritaannya. Tapi sebab kat sini ramai sangat pelancong yang tengah menunggu turn nak ambil gambar, aku skip je. 

Salah satu mural. Actually banyak gila, tapi bila aku tilik gambar, rupanya aku snap sikit je. Yang ada pun banyak nampak mambang kiri kanan.

Lagi..Syarat nak tinggal kat kampung ni kene rajin buat artwork. Kalau malas, sila pindah.

Mak, tolong bukak pintu. Orang dah balik niii..

Cah, tolong tepi sikit...ade je cara ko nak menyelit ye..

Kami jalan lagi. Masa ni tinggal kami je kat sini. Tourist lain kebanyakkannya turun tangga ikut celah rumah orang ataupun patah balik. Tapi kami taknak turun ikut tangga, jadi kami jalan ikut jalanraya je.

Kalau taknak ikut jalanraya, kene ikut tangga celah-celah rumah orang yang macam ni. Sebelum turun dah ade warning, 148 anak tangga. Aku reject!!

Jalan lagi dan jumpa statue ni. Nama artwork ni `Village with a rainbow' Cah, akak nak amik gambar arca ni, yang ko diri situ kenapa?

Boleh main susun ayat. Tapi khas untuk orang korea je yang paham.

Simbol "Our village Gamcheon"

Kemudian kami jalan lagi menuruni bukit. Dongak atas, nampak rumah-rumah orang kampung..Haihh..camane le korang hidup rumah bertingkek-tingkek ni.

Kat sini kami jumpa tangga naik ke atas yang kami taknak turun tadi. Ada signboard ni. Nasib baik aku tak pilih route ni tadi masa turun dari atas bukit tadi. Kalau tak nampak bintang-bintang di langit.

Kemudian kami mendaki lagi.

Kemudian kami nampak tourist information. Jadi kami masuk lagi dan nampak patung ni. Lepas tu aku tengok ada beberapa orang turun tangga dari tingkat atas, so maknanya kat sini ada photozone. Jadi kami naik ke atas.

Inilah hasilnya.

Dari sini dapat tengok view overall kampung. Btw, view dari sini antara yang cantik kalau nak dibandingkan tempat photozone yang lain.

Lagi..

Kat sini jugak tempat Running Man pernah shooting.

Lama jugak kami duduk sini. Orang pun tak ramai kat sini, jadi boleh le rehat kejap.

Keluar dari photozone tadi, kami dah nak pulang tempat entrance tadi. Dah cukup la kita main cop-cop peta.Tapi kalau nak shortcut, kene naik tangga ikut celah rumah orang ni. Nak ke??Redah je la...dah malas nak jalan-jalan lagi dah. 

Tak rasa tercabar ke tengah ko dok mengah mintak oksigen untuk mendaki, atok ni boleh selambe naik tangga. Lagi-lagi die tinggal kat rumah cam gini, konfirm setiap hari kene naik turun tangga. Btw, lalu ikut tangga-tangga ni ni best jugak sebab dapat tengok rumah orang kat celah-celah lorong tu. Banyak jumpe ajjumma tengah dok jemur baju, bapak dok bergurau senda dengan anak..

Dah sampai atas, ade tulis 193 anak tangga. Mak aih..tadi 148 aku ngelak. sekali jumpa 193 terus.. . sikit lagi boleh naik batu caves.  

Hasil cop mengecop kita hari ni. 

Scenery sebelum pulang, dalam perjalanan menuju ke main entrance tadi.

Hoii..tak malu jemur sotong kering..ni baru betul jemur sotong kering depan rumah.

Dah naik bas untuk pulang, tapi kami belum pulang ke hotel. 

Destinasi kami lepas ni ialah Taejongdae Park.

Taejongdae Recreational Park

Seterusnya kami ke Taejongdae Park dengan naik bas. 

Taejongdae park ni letaknya dekat dengan area gamcheon dan bentuk tempat ni seperti semenanjung dan besar kawasan ni. 


Public bus yang berhenti depan Taejongdae Park.

Sebelum masuk park, kami lunch dulu depan CS25. Makan maggi panas dalam cuaca sejuk ni memang heaven. Kat belakang tu pintu masuk Taejongdae Park.

Dah masuk park, kami beli tiket chu chu train ni.  Park ni besar gile, jadi better le naik train . Besar tu satu hal, mendaki lagi. Ini route train chu chu ni. "Platform→ Taejongsa Temple → Yeongdo Lighthouse → Observatory → Gumyeongsa Temple → Taewon Jagal Madang → Platform"

Pitstop pertama train berhenti, ada statue mak dengan anak ni. 

Kemudian kami turun tangga ke bawah. Ecah malas nak turun, tapi kebetulan waktu tu ade sorang ajjuma si sukarelawan datang entertaint kami. Kami berbual dengan die sambil berjalan, alih-alih dah sampai bawah.

Aku turun ke bawah sorang-sorang sebab Ecah taknak turun. Die dengan ajjuma tu syiok berbual dekat dalam light house

Coastal area taejongdae.

Diakui, coastal area busan ni memang cantik. Bagi aku, berbaloi datang Busan dari Seoul.

Ajjuma tu sibuk nak ambil gambar kami. Terkial-kial die nak tekan button snap tu. Comel je aku tengok.

Ikon Taejongdae dari bawah. Kami terus berjalan menuju ke kawasan batu-batu tebing pantai 

Lighthouse dari bawah. 

Si Duyung.

Sekali lagi ajjuma ni sibuk suruh kami posing masa nak naik ke atas.

Ni le ajjuma yang baik hati tu. Lembut je die bercakap, suka aku tengok. Tau umur berapa die berapa??68 tahun okeyyy..lebih kurang umur mak aku. Saja die buat volunteer kat sini untuk entertaint pelancong. Sambil tu boleh polish skill english die. Kagum aku dengan warga tua kat sini. Mampu lagi nak naik turun tangga yang tinggi ni. Die pun tengah simpan duit nak pergi ke KK, nak panjat Gunung Kinabalu. Ko rasa aku tak tercabar??Aku yang muda ni pun tak hingin panjat gunung tauu..hahahanat.

Kemudian kami naik chu chu train lagi untuk ke next pitstop. Tapi kami tak turun tempat-tempat lain tu, terus ke end stop.

Kami rasa dah cukup le hari ni, tadi tenaga kami dah banyak guna di Gamcheon Village.

So sekarang kami nak pi shopping pulak.

Kami ke Nampo station dan berjalan kaki ke Gukjae market. 

Sebab Ecah pernah sampai sini dulu aku ikut je mana Ecah nak bawak.

Tiba-tiba kami dah berada di area jual barang-barang souvenir. Serius, kalau aku pergi lagi sekali tak boleh nak recall camane nak pergi kedai ni.

On the way balik ke hotel, kami lalu dari Jalgachi underground. Kat laluan underground ni banyak kedai murah aku jumpa. Kat sini pun best jugak shopping.

Akhirnya sebelum malam kami sampai hotel dan gigih nak habiskan stock makanan yang ada. Banyak lagi ada stock maggi aku sebab travel  kali ni aku dah muak makan maggi, banyak beli nasi pulut. 

Satu yang tak best pasal hotel kami di busan, ialah kami tak boleh tinggalkan stock lebihan makanan yang ada. Jadi gigih aku kene habiskan makanan.

Kurnia dan Pak Saiful?Kami tak jumpa die hari ni since aku pun takde gigih nak cari wifi masa berjalan tadi. Dah sampai hotel baru baca whatsapp die. 

Jadi say bye bye online je la sebab esok diorang dah nak naik flight ke Hongkong dah.

Esok juga adalah hari last kami berjalan-jalan di Busan.

Tapi untuk esok Ecah request taknak ikut aku berjalan since malam esok die nak kene naik train ke Seoul. 

Aku pun okey je..Lagipun die dah pernah datang Busan dulu, tu yang die rasa dah cukup puas datang Busan kali ni. 

Jadi untuk esok punya itinerary aku akan berjalan sorang-sorang..

bersambung.. 

No comments:

Post a Comment