Tuesday, April 11, 2017

Glove Yang Hilang di Korea [Seoul-Jeju-Busan] ; KL - Seoul [Day 1]

Okey laa...okey la..meh la aku update travelog Korea walaupun dah terlalu basi ..

Trip ni January 2016, tapi April 2017 baru update. Itu pun belum tentu habis.

Mula-mula aku dah putus asa nak update pasal Korea ni. Tapi bila tengok album, macam rugi pulak aku tak tempek gambar kat blog ni.

Tapi aku cakap awal-awal, aku banyak tempek gamber je, tapi malas nak cerita panjang dan insert info sekali.

Mana nak mula ni?Aku kena ambik feel dulu nak mengarang.

Baik.. dah tau kan, trip kali ni aku pergi berdua dengan Ecah.

Sepatutnye bertiga, termasuk Eiza sekali. Tapi die rasa duit die banyak, so die bakar tiket tu.

Actually sebenarnya Eiza ada majlis kenduri sedara rapat die. Puas aku pujuk suruh abaikan je kenduri tu, tapi dia still nak bakar jugak tiket tu. Jadi kami proceed berdua je la.

Asalnya aku dan Eiza naik AA, Ecah naik MAS keesokan harinya, tapi bila Eiza cancel, jadi le aku keseorangan journey flight KUL-Seoul

Maka bermulalah journey aku seorang diri berkelana.

Aku tak tau kenapa takde rasa exited nak ke Korea. Bukannya tak suka..tapiii..susah nak describe camana feeling tu.

Semangat nak pergi ade, tapi feeling exited takde.

Maybe sebab aku ni terlalu banyak follow hal ehwal K-Drama, K-pop,K-Vareity, jadi seolah-olah aku dah tau segenap pelusuk South Korea ni.

Ditambah pulak aku keseorangan di KLIA2 di hari nak bertolak, lagi la aku lemau.

Flight aku ke Seoul awal pagi, dan untuk memudahkan cara aku tidur di surau KLIA2.

Lagi la sayu dibuatnya. Masuk je departure hall, semua orang bergumbira selfie dengan gerombolan masing-masing.

Cuba jugak cari teman berborak, tapi masing-masing dah ade geng. Orang Korea yang ade pun family tengah bersuka ria baru balik melancong..Lastnye aku berpura-pura study itinerary  & map.


Dalam flight, aku layan movie je. Nasib baik le aku sempat download buat bekalan untuk saat kebosanan.

Selepas 8 jam dalam flight, pilot mengumumkan kejap lagi kite akan sampai di Incheon International Airport. Tapi saye takde pantun nak hadiahkan pada awak semua. Cukuplah yang ada kudrat saya yang ikhlas bawak kapal terbang ni.

Dari atas aku dah nampak tanah Korea yang putih diliputi salji. Sungai pun membeku.

Waaahhhh...

Feeling kpop dah nak sampai dah ni..

Oppa!!Chakamannnyo..

Tunggu daku..Daku keseorangan ni..

Air sungai membeku, tanah bersalji..dari atas aku dah terasa seram dengan cuaca sejuk beku ni. 

Tapi aku tak gembira lama bile tengok tanah yang memutih. Pengalaman membeku di Jepun 2 tahun lepas buatkan aku seram. Kedudukan Seoul ni lagi atas dari Jepun, jadi mesti le lagi sejuk..

Haish..winter betul-betul buat aku seram.

Selesai proses imigresen, aku keluar dengan megah..

Feeling paparazzi berebut snap gambar aku ala-ala artis korea baru balik dari oversea..Lepas tu viral jadi airport fashion.muahahah

Sudah!!!Jangan nak berangan!!

Ko tu dah la galas beg tapir kat belakang, jangan berangan jadik artis kpop pulak..Dah la muka terpinga-pinga sambal belacan.

Walaupun aku dah tau mana nak mula, tapi aku kene amik feeling kpop dulu. aku mundar manndir nak kenal signboard tulisan korea.

Lepas topup T-money, aku terus cari sign AREX.

Lupa nak cerita 3 hari sebelum datang, aku pergi ke Korean Torism Centre untuk amik segala macam pamphlet. Itu bukan tujuan utama aku, yang paling utama aku nak T-money tu lagipun dalam card tu dah ade W1000. Itupun dah memudahkan kerja aku jugak.

Maka, aku terus ke hotel naik AREX dan aku bernasib baik sebab hotel dekat dengan Hongik Univ St. Jadi tak perlu le aku tukar line.

Sampai hotel, lepas solat dan rehat kejap, aku keluar balik untuk berjalan-jalan.

Memandangkan keseorangan, aku nak bersiar-siar di typical place je la iaitu area tengah bandar Seoul.

Naik subway. Masa ni dah habis peak hour orang balik kerja, jadi tak de le padat subway.

Turun di station Gwanghwamun. Keluar dari station, aku cari deret bas Seoul City Tour. Plan aku nak naik bas nightview pusing-pusing bandar Seoul je. Kalau nak berjalan-jalan pun takde kuasa dengan cuaca yang sejuk beku ni.

Ape yang aku tau ade route bas. Satu double decker dan satu bas biasa. Asalnya aku nak naik bas biasa sebab harga pun W5000. Tapi katenye bas yang ade double decker je dengan harga W12000. Terpaksa la aku amik bas tu bila difikirkan aku tak sanggup nak berjalan-jalan dalam cuaca sejuk ni.

Route bas yang aku naik. Bas ni akan banyak pusing Han River dan banyak menyeberang jambatan. Kalau banyak tengok drama korea dan vareity show, jambatan-jambatan ni banyak keluar. Tapi yang paling aku ingat ialah ada satu jambatan ni yang terkenal dengan tempat orang bunuh diri. 
Dalam bas tu pula ade alat translator yang diletakkan setiap seat dan kita boleh pilih nak guna bahasa Jepun, Mandarin, Korea & English. Setiap kali lalu jambatan tu akan ade diceritakan sejarah dia. 

Bas akan berhenti di salah salah satu park tepi Han River. Masa nak turun bas tu driver bas cakap 'thirty minute'. Jadi boleh la berjalan sekitar tempat ni. Bangunan ni banyak aku jumpa dalam drama untuk bermadu kasih. Tapi takde ape attraction pun kat sini, kalau nak dinner high class boleh la.

Dah puas aku berjalan walaupun tak cukup setengah jam lagi, aku tak tau nak tengok ape dah jadi better duduk dalam bas. Naik je, bas driver cakap.."Aigooo.."Rupanya semua dok tunggu aku. Lah..kate tadi thirty minute. Ke aku salah dengar?Takkan thirteen minute kot?mustahil..aisy..

Akhirnya bas berhenti tempat bermula tadi. Kalau ikut route, die akan berhenti di Namdaemun, tapi bas ni cuma lalu je dan tak berhenti pun. Kalau berhenti nak jugak aku turun. Bila turun di tempat tadi, aku berjalan ke Cheonggyecheon Stream. Dan disebabkan cuaca sejuk sangat + lonely + camera hp tak canggih nak snap night view, aku ambil keputusan patah balik. Bagi aku takde ape yang menarik pun kat sini. Mungkin aku kene berjalan sepanjang stream ni kalau nak jumpa objek kemeriahan. Cukuplah aku dah jejak kaki, moh le kita balik.

Turun di Hongik Univ Station, aku berjalan area kedai-kedai sebelum balik hostel. Disebabkan hari ni malam minggu, jadi mungkin happening. Dan jangkaan aku betul sebab sini kawasan student, memang betul meriah tempat ni. Buskin pun banyak dan ramai jugak yang dance performance tepi-tepi jalan.

Ade banyak game

Macam-macam ade..

Dah puas berjalan sekitar sini, aku balik je ke hotel. Nampaknya setakat ini je untuk hari ni. Esok kita tunggu Ecah sampai dan start pusing Seoul.

Actually salah satu sebab aku balik bilik awal sebab aku bengkek tengok couple-couple dok dating. hahahah..masing-masing dok buat gwiyomi. Aku??tengok je la..(Tetiba aku rasa macam Hidayah dalam subt Daebaking tu)Tapi bagi aku kalau orang muda memang sesuai tempat ni. Aku pun terasa rindu zaman-zaman belajar kat U dulu bile tengok budak-budak muda ni dok gigih puat performance.

Balik hostel, aku dok golek-golek dan tidur..

Hari ni membosankan sikit sebab takde ape yang menarik. 

Kita tunggu esok pulak. 

Ecah..cepatla sampai..

bersambung...

No comments:

Post a Comment