Saturday, May 7, 2016

Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 5 ; Wulong National Park]

Sambungan dari Amazing China 2015 : Chongqing-Chengdu-Jiuzhaigou [Day 4 ; Huanglong National Park]

Liatnye nak mengarang!!!

Okey, kita sambung balik.

Malam tu aku dapat lelapkan mata jam 3 pagi. Tapi jam 6 pagi aku aku dah sedar. Mula-mula nak sambung tidur lagi, tapi memandangkan aku tidur kat lobby hotel, risau  kalau orang lalu segan pulak aku dibuatnye.

Jadi aku bangun awal dan mandi..

Nasib baik  toilet untuk dormitories memang selesa..

Dalam jam 7 pagi, kami keluar dari hotel, tak sempat nak breakfast pun.

"Cepat Nobita!!"

"Hari ni kite nak pergi mana, Long?"

"Kite nak pergi Wulong,nak tengok transformer!!"

Aku tak tau jadual perjalanan bas nak ke Wulong. Yang aku tau Wulong tu letaknya luar dari bandar Chongqing, dah seeloknya naik bas awal pagi.

Dan nak naik bas pulak kene naik di bus station jauh jugak kedudukan dari CBD. Ade le dekat 40minit perjalanan.

Dari Jiang ChangKou St, kami ke Singongli St. Keluar station Exit 4, aku follow je crowded dan nampak bangunan besar. Aku tau, itu le bus station.

Dah masuk station, berpusing jugak la aku nak cari mane kaunter tiket. Walaupun cuma bus station, tapi besar, luas dan signboard yang konfius. Dah le kami kejar masa oiii..

Akhirnya jumpa jugak kaunter tiket tu kat ground level. Haish..memang kat china ni masalah nak cari kaunter tiket lah!!

Dah beli tiket dengan harga RMB60 one way. nasib baik kami sempat kejar bas 7.45 pagi..Jadi, takde le kami tunggu lama..

Masa nak naik pun ramai cina-cina menegur datang dari mana dan sibuk nak tolong. Yang aku perasan, warga Chongqing ni peramah sikit banding dengan orang Chengdu. Maybe sebab Chongqing susah nak nampak kelibat foreigner kot. Dan untuk pengetahuan korang, sepanjang perjalanan hari tu, aku tak nampak pun kelibat pun foreigner mat saleh..Membuktikan lagi yang Chongqing ni bukanlah destinasi taraf international.

Singongli bus station

Atas bas takde le penuh sangat. Ramai yang naik bas ni heret beg troli. Ramai yang datang ke Wulong akan bermalam di sana sebab Wulong ade banyak attraction lain selain daripadadiorang buat pitstop sebelum ke Huaihua (bagi sesape yang nak ke Zhangjiajie)

Sepanjang perjalanan selama 2 jam setengah, aku cuba lelapkan mata, tapi tak dapat. Mana taknye, terkagum kejap tengok highway-highway diorang yang lalu atas kampung orang.


Panjang dan tinggi pulak tu.

Dalam jam 10pagi, kami sampai di pekan Wulong. Walaupun name die pekan, tapi banyak apartment dan bangunan tinggi.

Bas berhenti depan terminal, bukannya dalam terminal.

Turun bas, kami beli buah dulu buat bekalan tengah hari nanti..atas bas tadi aku cuma makan biskut je untuk sarapan. Jadi aku dah boleh bayang bile masuk Wulong Park nanti kami akan kelaparan. Hari tu aku cuma bawak maggi je dengan harapan dapat le jumpa boil water nanti.

Dari pekan Wulong nak ke Wulong Geological National Park kene naik mini-van yang ada dalam bus station ni. Mula-mula aku ingatkan boleh terus naik je mini van tu, tapi rupanya kena ade tiket.

Jadi satu keje aku kene cari kaunter tiket.

Nih yang malas ni!!

Ingatkan kaunter kat dalam tapi rupanya kat luar..Tanye orang die kate belah sana..pegi belah sana takde...haish!!

Nasib laa..kali ni aku datang China kerja cari kaunter tiket je.

Rupanya kaunter kat depan tu je.huh!!penat tau pusing cari kaunter

Bas terminal pekan Wulong. Berpusing aku cari kaunter tiket, rupanya kat depan je, dekat khemah hijau tu.

Dah beli tiket, masuk terminal dan naik mini van. Nasib baik kami alien, ramai yang nak cuba tolong tunjukan minivan mane yang patut naik. Perjalanan ke Wulong Karst ni lama jugak..kerjanya kene panjat bukit je..Dalam van ni driver pasang movie cina..walaupun tak paham, aku layan jugak sebab cerita die best. Balik Malaysia, baru aku tau movie tu femes jugak kat Malaysia ni.

Akhirnya sampai jugak pintu depan Wulong Karst Geology Park. Banguna piramid ni la main entrance untuk kaunter tiket & terminal bas untuk ke tempat-tempat dalam karst ni.

Mase aku sampai ni hujan rintik-rintik air bergelora..ramai ah-so buat muka kesian suruh beli  baju hujan..Sorry aa..wa talak luit..wa dah bawak payung siap-siap.

Korang pernah baca/tengok documentary tak pasal bubble property in China? Kat China ni banyak gile ghost city yang mana town yang diorang develop cantik dan megah, tapi takde sape duduk. Sama la di Wulong ni. Dari jauh aku tengok banyak bangunan cantik. Tapi bile tengok dekat, kosong..takde orang tinggal. Naik bas dalam kawasan Wulong Karst pun aku nampak banyak yang diorang bina  resort/hotel/rumah untuk tujuan komersial, tapi kosong, takde sape duduk dan tak beroperasi pun.

Masuk dalam bangunan piramid ni, kami beli tiket dan melantak maggi dulu. Sebab aku tau takde tempat nak makan bile masuk park tu nanti. Dan kalau korang nak tau, kat sini memang kurang direction in english. Semua tulisan cina je...seriously mencabar minda.

Meh la aku citer sikit pasal Wulong Karst ni. 

Eh, aku malas nak cerita, aku kopipes je..korang baca le sikit bahasa omputeh ni.
Wulong Karst, an important part of South China Karst, is situated at the lower reaches of the Wujiang River southeast of Chongqing. It was named as a world natural heritage by UNESCO in 2007. Wulong Karst features spectacular karst landscapes, including the three main parts of Lotus Cave, Three Natural Bridges and Houping Giant Doline (Houping Tiankeng)
Wulong karst ni besar gile..Aku pun tak boleh bayang berapa besarnya sebab kate orang, kalau nak cover semua attraction dalam tempat ni kene bermalam dalam ni, tak sempat nak cover dalam satu hari.

Dah nama pun besar, dalam kawasan Wulong karst ni ada 3 main attraction ; Lotus Cave, Thre Natural Bridges dan Houping Giant.

Lotus Cave tu memang aku tolak tepi sebab aku tak minat jenis gua-gua ni walaupun tempat tu cantik. Aku cuma berkenan Three Natural Bridges dan Houping Giant je. 

Tapi bila aku buat research, kurang info untuk aku cover dua tempat ni. Ade kate perlu makan masa 2 hari, ade kata sempat satu hari. Bila on site, aku pun konfius entrance tiket untuk kedua-dua tempat tu combine atau separate..Information dalam english pun tak banyak..Direction untuk tourist naik bas pun tulisan cina. 

Haishh..ni nak marah diri sendiri sebab tak amik kelas mandarin dulu.

Bagi sesape yang memang nak menuju ke Three Natural Bridges memang takde masalah sebab hampir semua tourist yang datang ke Wulong akan menuju ke tempat ni. Cuma bagi mereka yang nak ke Houping Giant dan Lotus Cave je masalah sikit sebab aku tak nampak clearly direction. 

Aku??

Aku  just follow crowded je. Agak-agak die naik bas, aku ikut..Agak-agak die turun bas, aku ikut..Kalau depa terjun gaung pun aku ikut sekali kot..


Ni map untuk Three Natural Bridge. Yang biru tu walkway yang perlu tourist follow. No turning back!!kene jalan sampai habis..Takde le panjang sangat route die dan tak mencabar pun..sempat le nak menghayati keindahan alam tanpa semput berebut oksigen.

Kenapa nama tempat ni Three Natural Bridge?

Sebab karst kat sini membentuk jambatan  dan ada 3 buah semuanya..kalau berdiri dari bawah memang tak nampak ketiga-tiga jambatan ni. Tapi dari birds eye view memang boleh nampak bentuk muka bumi yang unik ni. Baca ni :

It is a rare geological wonder and an eco-tourist's delight. It features three natural karst bridges: Tianlong Bridge, Qinglong Bridge and Heilong Bridge. The three natural karst stone arch bridges, with an average height of over 200 meters (656 feet), and an average span of over 200 meters(656 feet), constitute the largest natural bridge cluster in Asia.

Seterusnya kami naik bas menuju ke main entrance Three Natural Bridges.

Bila turun je nampak bambino!!

Tapi bukan Bimbo tauu..

Bumblebee name die.

Ini le sebab utama aku boleh sampai sini selain dari ianya tersenarai dalam UNESCO Site.

Lepas tau sini le salah satu location shooting Transformer 4 ; Age of extinction, terus aku masukkan dalam list walaupun nak sampai sini jauh dari Chongqing.




Bumblebee!!!


Punye le susah nak bergambar kat sini. Penuh rakyat die yang tak reti orang dah ready nak snap, depa tetap redah depan aku. Sebelah bumblebee tu batu yang mana Micheal Bay sign. die tulis ..

"One of The Most Beautiful Places on Earth!"Tolong abaikan pompuan dalam gamba nih,aku dah takde gambar lain nak tempek.

Moh le kita masuk..sebab kami nak bergambar dengan Bumblebee tanpa anasir, terpaksa la tunggu tunggu orang takde. Penyudahnye mase nak masuk kawasan ni tinggal kami je..ntak ye ntah tidak laluan ni kami redah je.. 

Akhirnya jumpa lift untuk turun ke bawah. Ada dua lift je, dan kene berlingkar beratur.


Memang tinggi la gaung ni..aku nak feeling citer kungfu dah bile dok sini.


Dah sampai bawah,akan ada tukang angkat. Korang duduk atas kerusi tu, pastu die akan usung atas bahu die.Seram kot kalau naik.

Kedudukan kami waktu tu di celah-celah karst ni. Nasib baik luas, kalau sempit, tak bernafas aku dibuatnya.

Kemudian jalan lagi turun anak tangga

Dan akhirnya nampak le view ni


Ni la view yang aku nak tengok sangat depan mata

Lagi

Dan lagi

Kami turun ke bawah

Belah kiri akan nampak view ni. Tapi bukan itu laluannya. Aku dapat tau kalau teruskan ke situ kite akan masuk semak, tapi akan tembus jalan keluar jugak. 

Ingat jalur tu effect cahaya?Bukan..itu ialah air percikan air yang jatuh. Actually kat kawasan ni memang aku boleh rasa percikan air dari atas, tapi takde le sampai basah. Cuma baju aku lembap jadinya.

View dari jauh. AKu malas nak jalan sampai ke hujung sana sebab aku tau kene patah balik.

Nampak tak 4 jalur yang jatuh dari atas tu..itu pun source percikan air air yang jatuh. Maybe sebab baru lepas hujan, jadi lagi banyak le percikan air yang jatuh.

Bangunan yang aku nampak dari atas tadi. Aku tak masuk, takut nanti hantu cina ikut balik.hihi..


Menuju ke dinasour

Dah dekat



Dah sampai..Kecik je dinosaur transformer ni. Aku nak bergambar sikit punya susah nak tunggu orang die takde.


Gambar selfie jangan lupa. nanti AA tuntut.

Kami teruskan lagi perjalanan, ini le yang dikatakan national bridge agaknya.

Lagi..

Berjalan lagi. Masa ni hujan dah turun rintik-rintik. Tapi sebab terlindung dengan karst tu, takde le basah.

Bridge ketiga. Tinggi gile..penat aku dongak pandang atas.

Setiap bridge ada penerangannya. Macam biasa, aku skip..

Teruskan perjalanan lagi.

Dah sampai area sini aku pun konfius air hujan ke percikan air dari celah batu..Kat sini ramai yang pakai baju hujan. Nasib baik aku ade bawak payung.

Dah nak sampai ke penghujung

 Sikit je lagi..

Ending die dengan kawasan pokok-pokok ni.


Dah habis jalan melalui three bridge ni, nak balik ke pintu masuk boleh dengan jalan kaki.

Tapi ada choice untuk mereka yang malas jalan kaki iaitu naik keretapi. Aku dah lupa berapa bayarannya.

Dah naik keretapi tu, baru aku tau dekat je jarak die. Kalau yang kuat stamina memang larat je jalan kaki. Tapi macam aku ni yang tak cukup tidur, termengah jugak la..

Aku dah tak sabar nak balik hostel nak tidur. Malam tadi tidur aku tidur tak proper, jadi nak kene ganti waktu tidur.

Kami balik semula ke bas station dan beli tiket kat kaunter tadi.

Aku cakap "Chongqing, now!!". Waktu tu jam kol 3.30 ptg..

Tapi bile dapat tiket, waktu bas jam 6.30ptg.

Alah..takpe laa..kite round dalam pekan ni dulu la.

Tak sampai satu pusingan, aku rase tak sedap hati..Sebab aku pandang kat pintu masuk station bas tu ramai orang beratur dan tak surut.

5 minit jugak aku dok perati betul-betul situasi kat pintu masuk tu..Rupanya ada barisan yang panjang dari dalam bangunan hingga ke luar bangunan.

Aku rasa tak sedap hati, jadi gi tanye pak guard kat pintu depan tu dengan tunjuk tiket aku. Kemudian die tunjuk barisan yang orang beratur panjang hingga ke luar bangunan.

Sah!!Aku kene masuk barisan tu. Maksudnye barisan tu la yang akan membawa aku naik bas balik ke Chongqing!

Aku suruh Nobita beratur kat luar dan aku pi masuk jenguk dalam jauh mana lagi kami kene beratur.

Nah, amik!!!berlingkar-lingkar barisannya hingga ke tiang hijau hujung belah kiri tu. Situ le pintu platform untuk naik bas ke Chongqing.

Remuk jantung aku tengok barisan tu.Gile ahhh.

Adakah aku terperangkap di dalam keramaian rakyat die nih?

Aku tengok takde sorang pun foreigner. Kami je yang ada kat situ.

Dah lama tu baru aku teringat yang hari ni Ahad, orang ramai nak balik ke bandar after cuti 1 Mei.

Arghhh..camane aku boleh lupa ni..

Penat hasil panjat Huanglong Valley semalam pun tak habis lagi. Dengan malam tadi tak cukup tidur sebab tidur merempat.Dan sekarang kene sesak beratur nak naik bas pulak tu.

Mental breakdown aku dibuatnya.

Nasib baik kami dah makan maggi sebelum masuk Wulong Karst tadi.

3.30 ptg..

4.30 ptg..

5.30 ptg..

6.30 ptg...

Turn kami naik bas masih belum tiba. Kat depan panjang lagi.

Depan belakang aku cina-cina ni bercakap terpekik-pekik, meludah, hisap rokok..Nasib baik tak kencing depan aku je.

Aku pasrah je laaa..

Nasib baik budak pompuan depan aku ni nampak macam educated. Aku perasan die dari Wulong Karst lagi, die berjalan sorang-sorang. Maybe budak U yang datang melawat Wulong Karst kot.

Die tak boleh speaking, tapi die boleh paham aku cakap.

Die la yang protect kami kalau ade orang datang nak potong Q. Lepas marah orang-orang yang potong Q, die tarik aku dok belakang die.

Dah nak 6.30ptg, giliran kami masih jauh lagi. Aku dah risau kalau bas dah berhenti operasi sampai 6.30ptg je. Camane kami nak balik ke bandar?

Tapi budak pompuan tu cakap camane pun bas akan ade.

"Don't worry" katenye..

Akhirnye dekat jam 8 malam, giliran kami sampai dan dapat jugak naik bas. Bas gerak je, aku tidur mati umpama tidur malam.

Dah sampai Sigongli bus station, Nobita kejutkan aku..

Dari situ, kami train subway menuju ke hostel.

Dalam subway tu Nobita cakap "Nasib baik la ko tidur mati atas bas tadi. Ko tau tak jantung aku macam nak tercabut driver bas tu bawak. Berapa kali dah nak accident. Satu bas menjerit bile driver tu brek mengejut tau tak."

"Lohh..ye ke.."Aku tak tau nak bersyukur sebab takde bende tak diingini berlaku atau bersyukur yang aku pengsan atas bas tadi.

Akhirnya jam 11 malam kami sampai hostel. Sebelum tidur, si Nobita request kau kat,"Along, esok kite keluar lambat la,nak landing dalam bilik puas-puas."

Haa..ye la..esok kite keluar lambat.

bersambung..

1 comment:

  1. haha sistem naik bas kat china ni mmg unik kan.. kitaorg dulu beli tiket kat kaunter pastu tgu lah smpai waktu naik bas, turn out org lain boleh je sesuka suki naik bas pastu byr kat konduktor..

    ghost town/building tu ko kena tanya kat kak bibie karim, dia buat kawan ngn budak china atas tren cite psl ni. something to do with org2 kaya china beli property byk2 gitu.

    ReplyDelete